..bebelan..

"u ar the president of my heart,~"
-CN BLUE-

..and i will be ur secretary..

Friday, July 17, 2009

kesahker?

ape pendapat korang pasal dunia kaum sejenis?
lesbian..gay..homoseksual..pengkid?
ade beza ka antara lesbian ngan pengkid?
gay dan homo?
ataw even bapok ngan pondan
apa perbezaannyer?

takde sebenarnyer
yang bezanya cuma ejaan nya saja
mereka dipandang dan dikategorikan sebagai "mereka-yang-terlibat-dengan-kaum-sejenis"

apa yang buat aku post blog ni?
aku terbaca mazidul nyer blog pasal dia complain blog2 yang membicarakan hal2 seperti ini dan jugak hal2 seks dizaman yang serba moden dan menyerang remaja2 kat mesia ni..
pernah sekali ade sorg rakan aku ni berkata "sekarang ni susah nak cari pompuan yang still virgin, kebanyakan dah di tebok tupai"..tp tu kesah lain apa yang aku nak suarakan ni plak kesah lain sebenarnya

bagi aku la kan..
aku tak kesah pon mereka yang mempunyai perasaan seperti yang aku senaraikan diatas td..
lesbian ke gay ke pondan ke pengkid ker
bg aku same jer..mereka manusia yang mempunyai perasaan ingin dicintai dan mencintai
aku ade beberapa org rakan yang sememangnya pengkid..
tak perlula aku nyatakan dimana aku kenal mereka..
tp aku kwn ngan diorg ni dah lama la..
dari first gf diorang sampai la skang diorg ni ade steady gf yang giler punya cantek berbanding ngan gf lelaki yang hensem..
diorg ni baik jer aku rasa takde la jahat mana pon..sebab streotype pemikiran org2 kat mesia ni mcm tu..
ko pengkid lesbian..ko ni mesti nakal kan..mesti pernah mencuri kan
takla.. mereka anak yang baik..top scorer masa sekolah..cuma yang sorg ni dah tak mau belajar dan skang mencari rezeki bg mananggung kehidupan seharian nya..yang sorg lagi melanjutkan pelajaran ke manara gading..diorg ok jer..tak pernah mencuri..tak nakal..blk umah on time..rokok tak pernah sentuh..apatah lagi dadah..maybe tak sume pengkid ataw lesbian ni baik.op coz la ada yang nakal..tp sekali lagi aku nyatakan tak sume sama..
org2 mcm ni lagi ingat kwn..
aku tak paham kenapa mesti isu gay lesbian ni dipertangahkan..byk lagi isu semasa yang boleh didbatkan selain daripada isu kaum sejenis ni..mmg la dalam ISLAM langsung mengharamkan hubungan sejenis ni..tp bukan ka itu hak mereka masing2..bagaimana mereka nak menjalani idup mereka sebagai manusia..yer kite sebagai saudara sesame ISLAM patut menasihati mereka supaya jgn terjebak ngan hubungan sejenis ni..tp kalau dah nasihat sampai berbuih mulut dan penat tgn menaip menasihati tp tak jugak berubah nak buat mcm mana?
keinsafan datang dari hati naluri setiap insan..kalau dia berubah tp itu bukan kehendak hati dia..bende tu akan jadi tak ikhlas dlm diri dia..same jer dosanya..lagi teruk..munafik namanya..hipokrit tu..lagi tak best kan..

aku bukanla menyokong hubungan sejenis ni..tp aku menerima mereka seadanya..mungkin ada yang takleh nak terima..tp kite perlu tarik mereka secara halus..pelan2..bukan dengan cara menyerang mereka dengan pendedahan yang berlebihan di tv ataw di mana2 media..bg aku cara tu akan mengeruhkan lagi keadaan..

pahami mereka..selami kenapa mereka jadi begitu..bukan marah2..serang..hina..
mereka jugak manusia yang punya hati dan perasaan..
ini bukan post protes..tp post yang sesaja bosan tak taw nak update pasal apa..post ni jugak selepas membaca post2 yang menarik dr kisah dunia lelaki.. sila klik kat mai singgah kat belah kiri blog ni..menarik~


-aku cuma nak menyuarakan apa yang terbuku dihati-





No comments: